Spongebob:

Spongebob:

Monday

Burung Merpati & Labah-labah



Assalamualaikum,


Zaman Nabi Muhammad dulu, Rasulullah SAW dilindung oleh Burung Merpati & Labah-labah yang membuat sarang di pintu gua sehingga meyakinkan  pemuda-pemuda Quraisy itu  bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam gua itu. Sehingga terselamatlah Rasulullah SAW & sahabatnya Abu Bakar dari buruan pemuda-pemuda tersebut. 
Cerita saya pulak, ada seorang student ni bagi kertas yang dah siap lukis  gambar spider. Dia tinggal colourkan je. Bila dah siap, dengan yakin dia cakap "Cikgu simpan la kertas Spider ni. Dulu Spider lindung Nabi dari bahaya orang Quraisy kan. Sekarang harap harap Tuhan hantar orang ke benda baik untuk lindung cikgu dari apa apa benda buruk. Mana tahu spider pun protect cikgu."



The thing a 7 year old boy says. MashaAllah. Tersenyum. Rasa macam gaji sebulan tak dapat pun tak apa la, digantikan dengan reward macam ni. Syukur hehe

No comments:

Post a Comment