Spongebob:

Spongebob:

Saturday

Perempuan

  Pagi di taman yang tersedia di rumahku. Teh strawberry aku di sebelah kiri, buku-buku rujukanku di sebelah kanan. Apa lagi yang sedang aku fikirkan selain masa hadapanku? Aku sedang fikir tentang diri aku, diri sebagai perempuan. 
 Selalu, ramai berpendapat bahawa perempuan belajar tinggi-tinggi tapi tak reti masak. Apa gunanya? Yelah, belajar sampai ke PhD pun, ke dapur juga kau pergi. Bukan secara paksa. Maksud aku, mungkin lebih baik jika kita perempuan lebih mendalamkan ilmu di dapur. Tapi, jika ilmu di dapur pun kau sudah menguasainya lebih 50% dan kau mengamalkannya dalam kehidupan seharian kau untuk diri sendiri, suami dan anak, keluarga mahupun kawan, apa salahnya jika kau sambung belajar? 
   Ada juga berpendapat; perempuan belajar tinggi-tinggi tapi pengotor. Atau, perempuan kalau reti masak sekali pun, tapi kalau pengotor. Apa gunanya? Ni pun fakta yang tepat. Mungkin bagi kau, pengotor tu sebijik macam pemalas. Tidak. Perempuan kalau pemalas tak seteruk orang penagih dadah, mungkin boleh diterima lagi tapi kalau pemalas dan pengotor macam penagih dadah? Ada ke orang terima? Orang yang tak berilmu, mesti lah suka. 
  Pendapat aku senang. Perempuan tak sebijak dan tak secerdik, ada lagi hala tuju. Macam aku, aku bukan budak straight As. Aku kalau boleh dikatakan average. Tapi, sebenarnya, yang penting sekali, perempuan akan ke dapur juga. Malu lah masyarakat sekarang kalau lelaki sahaja yang ke dapur. Isterinya tidak. Tak salah kalau lelaki kita nak masak, tapi maksud aku, kalau perempuan tak tahu langsung pasal dapur pun susah juga. Sebenarnya, perempuan tak pernah masuk dapur tapi mengerti juga maksud, cara-cara, langkah-langkah dan satu dua resipi cukuplah setakat ala kadar atau setakat tahu 25% sahaja. Itu pun minimum. Yelah, daripada tak tahu langsung? Malu. 
  Point yang lain, rajin. Perempuan kalau pemalas biasa seperti baju yang dah kutip sampai satu dua bakul terbiar - tak terlipat lagi, boleh diterima. Sebab, mana tau lelaki kita memang jenis extra rajin? Bolehlah dia bertoleransi dengan perangai pemalas yang ada pada perempuan dia. Tapi bagi aku, aku kesian juga pada diri aku kalau aku pemalas. Mungkin pemalas setakat seperti baju yang dah basuh 20 minit yang lalu tak tersidai lagi, boleh diterima. Dan, kalau itu lah pemalas yang paling teruk, maka itu sebenarnya juga diri aku. Aku tak rasa aku jenis on time. 
  Tapi, kalau perangai perempuan malas seperti cadar katil pun malas pasang, malas ganti. Orang dulu-dulu berpendapat, itu lah pemalas yang paling teruk sekali. Sebab, katil itu kan salah satu barang peribadi kita. Kalau barang peribadi kita pun, kita tak terjaga, apa lagi barang-barang bukan peribadi? Fikirkan. 
  Point yang seterusnya, pembersih. Ha, ini mungkin 85% tertanam dalam diri aku. Aku memang pembersih. Paling kotor dalam diri aku pun, mungkin tak bersihkan badan selama sehari dua. He he. Cerita dulu, aku tak matang. Perempuan kan banyak barang-barang peribadi. Cerita pasal barang terjaga dan tak terjaga, itu bab lain. Yang penting sekali, bersih. Suasana peribadi kita mestilah sentiasa bersih. Terutama sekali, bilik tidur sendiri dan bilik air. 
  Ha, orang dulu-dulu kalau nak merisik, mereka lagi sengaja nak melawat bilik tidur perempuan dan bilik airnya. Dengan condition bilik tu dari semasa ke semasa, baru kita tahu jawapan sifat peribadi seorang perempuan. Malas atau rajin. Bersih atau kotor. Lagipun, bilik yang kemas dan bersih kan lagi menyenangkan daripada bilik yang kotor dan semak? Aku tak faham kenapa perempuan ada juga pengotor yang sampai bilik tidur sendiri macam penagih dadah. 
  Point yang terakhir buat masa ni, akhlak baik. Perempuan yang berilmu sentiasa beramal kepada Allah. Kalau itu dah perfect, akhlaknya pasti baik. Sifat perempuan yang baik dengan akhlak yang baik, kan sedap kita dengar. Tak guna juga kalau kita hanya jaga air muka kita. Nak jaga jerawat ke tak jerawat. Lepastu, kalau takda jerawat, nak ber-selfie memangjang. Kalau boleh dari subuh sampai maghrib nak selfie. Takkan kita nak selfie masa malam? Jarang. Sebab cahaya dah tak ada. Ha ha. Tak kisah la pasal muka berjerawat atau tidak, tapi kalau diri memang pengotor, akhlak tak baik, pemalas lagi. Apa lah guna jadi perempuan? Malu kita dekat suami. 
  Sekian, Assalamualaikum.

(Maaf kalau ada perkataan-perkataan di atas melukakan hati kalian. Ini hanya pendapat aku dan, maksud yang aku beri pun tak semestinya betul. Jadi, sama-sama lah kita maafkan ye. Dan kalau ini memberi kesedaran kepada kalian, sama-sama lah kita bermunasabah. Ampun.)

No comments:

Post a Comment